top of page

Penerangan

​

Penyelenggaraan adalah suatu langkah yang dilakukan ke atas peratlatan atau sistem komputer supaya dapat mengurangkan atau mengelakkan komputer daripada menghadapi masalah teknikal yang kecil atau serius. Proses penyelenggaraan ini sangat penting untuk memastikan semua peralatan atau sistem komputer sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

​

Tujuan utama proses penyelenggaraan ini ialah bertujuan untuk :

​

  • Memanjangkan usia penggunaan sesuatu aset.

  • Melindungi pengguna dan aset dari sebarang bahaya / bencana yang mungkin timbul.

  • Meminimakan kos operasi dan perbelanjaan pengeluaran.

  • Memenuhi kehendak undang-undang pihak berkuasa tempatan dan saranan syarikat pembuat.

  • Mempertingkatkan imej pengguna.

​

​

1.0    MENGENALPASTI KEPERLUAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER

​

Proses mengenalpasti keperluan sebelum melakukan sesuatu proses penyelenggaraan sangat penting bagi memastikan tindakan yang diambil tepat dan betul. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memudahkan proses penyelenggaraan kerana jenis masalah dna tindakan yang sesuai telah ditetapkan.

 

Penyelenggaraan didifinasikan sebagai ‘ Gabungan kerja-kerja teknikal dan pentadbiran yang bertujuan untuk memelihara sesuatu aset atau memulihkan supaya dapat memebuhi fungsi yang dikehendaki’. Dua perkara yang dapat di ambil dari definisi ini ialah :

​

  1. Penyelenggaraan memperbaiki

  2. Penyelenggaraan memelihara

 

Memperbaiki boleh dihuraikan sebagai membaik pulih atau mengganti komponen-komponen yang rosak sementara lebih tertumpu kepada mencegah daripada berlakunya kerosakan. Untuk memastikan penyelenggaraan dapat dilakukan dengan baik, setiap peralatan mestilah direkod supaya segala maklumat tentang peralatan tersebut dinyatakan terutamanya tarikh pembelian peralatan tersebut.

 

Setiap penyelenggaraan mestilah merujuk kepada bahagian atau pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memudahkan proses menguruskan penyelenggaraan kerana dokumen atau maklumat yang lengkp tentang peralatan tersebut biasanya direkod didalam buku peralatan. Segala maklumat peralatan dinyatakan seperti tarikh, pembelian, tempoh jaminan, penyelenggaraan selepas jualan, bilangan penyelenggaraan yang disediakan sebagainya.

 

Sekiranya peralatan tersebut masih dalam jaminan pembekal, maka penyelenggaraan perlu diserahkan kepada pihak pembekal berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui semasa proses pembelian.

​

​

2.0    MENYEDIAKAN KEPERLUAN PENYELENGGARAAN

 

Melaksanakan sesuatu kerja penyelenggaraan hendaklah dibuat secara sistematik dan mempunyai tahap kebolehan yang tinggi serta memerlukan penglibatan yang serius dari semua pihak. Melalui pendekatan ini, penyelenggaraan sesuatu aset dapat dijalankan dengan efektif, efisyen dan ekonomik. Bagi merealisasikan perlaksanaan penyelenggaraan beberapa aspek perlu diberi perhatian khas. Antaranta ialah :-

 

  1. Menentukan keutamaan kerja penyelenggaraan

  2. Menentukan kerja penyelenggaraan dibuat melaluo pekerja atau kontraktor

  3. Menyediakan anggaran kos

  4. Menyediakan kerja-kerja peringkat pra kontrak dan pos kontrak

 

Setiap penyelenggaraan mestilah berkesan dan sistematik kerana setiap masalah yang berlaku mestilah diselesaikan dengan baik dan tindakan susulan perlu dinyatakn supaya ia dapat dikawal dengan baik.

 

Dalam memastikan jangkahayat peralatan atau mengurangkan kos penyelenggaraan, terdapat dua langkah penyelenggaraan yang paling utama iaitu :-

​

Penyelenggaraan mencegah

​

Penyelenggaraan pencegahan adalah kerja yang dilakukan terus bagi mencegah dan mengahalang daripada kegagalan dalam pemasangan. Penyelenggaraan mencegah merupakan aktiviti pencegahan terhadap kemungkinan yang berlakunya kerosakan dan kecacatan. Proses ini dilakukan sepanjang hayat sesebuah peralatan dan merupakan proses yang berterusan. Pelbagai perancangan yang dilakukan mengikut kepentingaan bagi keadaan sesuatu item dan keadaan yang dapat ditentukan.

 

Penyelenggaraan membaiki

​

Adalah kerja yang dilakukan untuk memperbaharui dalam pemasangan dan pengubahsuain pada pencapaian yang boleh diterima. Penyelenggaraan membaiki melibatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan kepada fungsi-fungsi dan keadaan asal setelah sesuatu item itu mengalami kerosakan atau kegagalan. Tindakan yang segera akan diambil bagi mengelakkan masalah kerosakan atau kecacatan menjadi lebih serius.

​

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

​

​

 

Jadual penyelenggaraan penjagaan komputer

​

Dengan melakukan proses penyelenggaraan yang betul, pengguna mampu untuk mengelak daripada berlaku masalah yang serius dan memanjangkan jangka hayat sesebuah komputer.

​

  • Memastikan sistem operasi windows sentiasa Update dengan fail baru yang boleh membantu untuk menghubungkan dengan perisian baru.

  • Perisian anti virus hendaklah sentiasa dihidupkan supaya sistem computer boleh mengesan sebarang serangan virus semasa computer dihidupkan.

  • Sentiasa mengambil perhatian terhadap pop-up atau maklumat komputer yang ditunjukan disebelah bawah kanan komputer untuk mengetahui maklumat yang dipaparkan.

​

Panduan asas untuk menyelenggara sesebuah komputer

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

3.0    MENYELARAS AKTIVITI PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

​

Penyelenggaraan mencegah

​

Penyelenggaraan pencegahan adalah kerja yang dilakukan terus bagi mencegah dan menghalang daripada kegagalan dalam pemasangan. Penyelenggaraan mencegah merupakan aktiviti pencegehan terhadap kemungkinan yang berlakunya kerosakan dan kecacatan. Proses ini dilakukan sepanjang hayat sesebuah peralatan dan merupakan proses yang berterusan. Pelbagai perancangan yang dilakukan mengikut kepentingan bagi keadaan sesuatu item dalam masa dan keadaan yang dapat ditentukan.

​

Penyelenggaraan ini lebih kepada penyelenggaraan biasa untuk memastikan peralatan berfungsi dengan baik dan tidak perlu menunggu berlakunya kerosakan. Biasanya waktu penyelenggaraan ini tidak perlu mengikut jadual kerana kekerapan penggunaan sesebuah komputer, maka keraplah proses penyelenggaraan ini seperti membersihkan fail temporary unternet, membersihkan fail-fail penggunaan semasa seperti Microsoft word dan sebagainya, membuat semakan perisian didalam arahan Programs Features install / uninstall program untuk memastikan tiada perisian yang di-install tanpa pengetahuan pengguna.

​

​

4.0    MENYELARAS AKTIVITI PENYELENGGARAAN PEMBETULAN

​

Penyelenggaraan pembetulan / pembaiki

​

Penyelenggaraan ini adalah kerja yang dilakukan untuk memperbaharui atau membaiki kerosakan yang berlaku dalam pemasangan atau semasa pengubahsuain pada peralatan tersebut. Penyelenggaraan membaiki melibatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan kepada fungsi-fungsi asas peralatan tersebut dan keadaan mengembalikanya kepada asal setelah sesuatu item itu mengalami kerosakan atau kegagalan. Tindakan yang segera akan diambil bagi mengelakkan masalah kerosakan atau kecacatan menjadi lebih serius.

​

Setiap proses penyelenggaraan pembetulan ini mempunyai jangka masa yang tertentu berdasarkan kepada kerosakan yang berlaku. Sekiranya berlaku keperluan untuk pertukaran barang, perlu merujuk kepada pihak bertanggungjawab samada untuk menukar baru sekiranya terdapat di dalam simpanan atau perlu mendapatkan yang baru (beli) dengan pihak pembekal.

 

Berikut adalah contoh-contoh kerosakan yang berlaku dan masa yang diperlukan:-

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

Masalah yang biasa berlaku pada sesebuah komputer dan tindakan yang sesuai untuk mengatasinya:-

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

5.0    MENILAI MAKLUMAT PENYELENGGARAAN

​

Setelah keseluruhan proses penyelenggaraan pembetulan dilakukan, tindakan menilai atau mencuba peralatan tersebut mesti dilakukan untuk menentukan samada berfungsi sepenuhnya atau sebaliknya. Tindakan ini sangat penting kerana mengelak dari berlakunya masalah yang tidak selesai dan peralatan tidak boleh digunakan. Proses semakan atau cubaan ini sangat penting kerana setiap kerosakan yang berlaku tidak semestinya penyelesaian yang sama dan apabila ia sampai kepada pengguna akhir, tidak berlaku lagi masalah atau oerkara yang boleh menjejaskan tugasan.

​

​

6.0    MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELENGGARAAN

​

Proses yang terakhir ialah membuat laporan penyelenggaraan kepada pihak berwajib atau individu yang ditugaskan untuk menguruskanya. Laporan ini mestilah mengandungi masalah yang lengkap terhadap penyelenggaraan yang telah dilakukan supaya maklumat yang disampaikan tidak menimbulkan keraguan kepada pihak yang menerima. Terdapat pelbagai jenis format laporan yang digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian pengguna dan jabatan. Format boring laporan mestilah lengkap dengan masalah yang dilaporkan dan tindakan yang telah diambil.

masalah.png
panduan.png
A.png
B.png

KOLEJ KEMAHIRAN YAYASAN TERENGGANU

"Meningkatkan Kemahiran Menjana Kecemerlangan"
bottom of page