top of page

Pengenalan Latihan

​

Sebelum ini, program latihan seringkali digambarkan oleh kebanyakkan organisasi sebagai satu aktiviti yang tidak mendatangkan hasil dan manfaat yang nyata dalam kontek keuntungan organisasi. Ia dianggap sebagai suatu bentuk pembaziran sumber masa, wang dan tenaga kerja yang kononya boleh digunakan dan dilaburkan kearah perkara-perkara lain yang boleh mendatangkan faedah.

​

Ada juga organisasi yang menganggap latihan sebagai sesuatu yang perlu dilaksanakan sekadar untuk menghabiskan belanjawan dan peruntukan tahunan oleh pihak atasan. Namun, mereka ini perlu sedar bahawa pekerja merupakan satu entiti yang sangat kritikal dalam organisasi. Lantasan para pekerjalah yang menjadi tunggak penggerak dan penjana utama operasi dalam sesebuah organisasi

 

​

Objektif Sistem Latihan Pengguna

​

  1. Latihan merupakan satu proses pembelajaran yang sistematik dan terancang untuk para pengguna dalam sesebuah organisasi.

  2. Latihan mempunyai prosedur-prosedur perlaksanaan yang bertujuan untuk mengurangkan jurang prestasi kerja semasa pekerja dengan prestasi kerja yang diharapkan oleh organisasi.

  3. Latihan bertujuan untuk mempertingkatkan dan menambah nilai pengetahuan, memantapkan kemahiran kerja dan mengubah sikap (knowledge, skill & attitude) yang diperlukan oleh pengguna.

  4. Latihan kebiasaanya berinteraksikan keperluan dan kepentingan jangka pendek atau kesan atau perubahan diharapkan akan berlaku sejurus selepas seseorang pekerja tamat mengikuti satu-satu program latihan.

 

​

Keperluan Bagi Latihan

​

Antara keperluan yang perlu ada bagi perlaksanaan sesebuah latihan :-

 

I. Bahan latihan – Pemilihan bahan-bahan atau material biasanya tertakluk kepada keselengaraan penggunaanya                                                    dengan objektif latihan, pilihan jurulatih dan seperti dihuraikan dalam rancangan perancangan.

​

Misalnya, bahan-bahan bercetak alat tulis, alat bantuan mengajar, modul untuk jurulatih, computer atau sistem aplikasi dan sebagainya.

 

II. Tempat latihan – Pemilihan bagi bilik latihan mungkin mempunyai kesan-kesan besar ke atas  segi latihan                                                               pengguna. Susun bilik untuk menyokong aktiviti pembelajaran dan jumlah penyertaan pengguna.                                                Biasanya pengguna tidak akan mempunyai peluang untuk memilih bilik.

 

Jika boleh dilakukan, pertimbangan sifat-sifat yang akan mewujudkan suasana pembelajaran yang terbaik untuk peserta latihan.

 

III. Saiz – Susun bilik untuk menampung jumlah peserta jika sesi latihan yang melibatkan pelbagai aktiviti kumpulan                               kecil.pastikan terdapat ruang yang mencukupi di dalam bilik.

​

IV. Accessible – Pastikan bahawa bilik yang boleh diakses oleh semua termasuk mereka yang suka bergerak agar                                                 semua pengguna kursus dapat menjalankan latihan dengan baik serta sempurna.

​

V.  Lokasi – Jika peserta perlu melakukan perjalanan sama ada dengan berjalan kaki atau kenderaan untuk lokasi tidak                        menimbulkan berusaha, contohnya, berjalan dalam hujan atau kesukaran letak kereta.

 

VI. Gangguan – Pilih bilik yang bebas daripada gangguan dan bunyi bising.

 

VII. Halangan – Pilih bilik yang bebas daripada struktur seperti tiang atau tonggak yang boleh menghalang pandangan                                        serta tumpuan.

 

VIII. Tempat duduk – Pilih lokasi yang selesa dan kerusi boleh alih.

 

IX. Perabot – Selain keputusan mengenai tempat duduk dan jenis jadual anda suka anda akan mahu sebuah meja                                           dihadapkan bilik untuk bekalam dan peralatan. Jangan biarkan terlalu banyak  ruang antara meja di                                           mana anda akan membentengkan dan barisan peserta dihadapkan.

 

X. Kemudahan – Dengan mudah diakses tandas, telefon, makanan ringan, penginapan tengah hari dan sebagainya.                                              Membantu memastikan peserta kembali pada masa berikut rehat atau makanan tengah hari.

​

​

Proses Peserta Latihan

​

Bagi menentukan keberkesanan sesebuah latihan yang melaksankan, setiapp profil peserta latihan merupakan salah satu elemen penting bagi kejayaan tersebut. Setiap data atau profil peserta latihan perlu diselidik bagi menentukan jenis dan kesesuaian latihan yang akan dilaksanakan. Berikut merupakan elemen-elemen yang perlu diberi prihatin di dalam penilitian setiap latar belakang peserta iaitu :-

​

  1. Laporan prestasi

    • Penilaian terhadap laporan prestasi bag setiap peserta. Latihan memainkan peranan utama di dalam keberkesanan latihan terhadap prestasi perserta sendiri. Penggunaan susulan daripada latar belakang yang disertakan oleh setiap peserta bagi meniliti tahap serta keperluan individu terhadap sesebuah latihan. Laporan prestasi ini penting kepada jurulatih atau pengelola latihan bagi menentukan jenis serta kaedah latihan yang akan disampaikan kepada peserta. 

  2. Kelayakkan dan latihan terdahulu

    • Peserta latihan perlulah mengemukan setiap butiran yang diperlukan oleh pihak penganjur seperti kelayakkan yang dimiliki serta latihan-latihan kursus yang pernah diikuti. Pengalaman menngikuti latihan-latihan terdahulu dapat memberi serba sedikit maklumat tahap serta minat peserta. Di dalam merangka sesebuah latihan yang efektif, setiap peserta mestilah memahami serta mempelajari ilmu serta pengalaman di dalam setiap sesi latihan yang diikuti dengan tahap pencapaian cemerlang setiap peserta latihan, ini menunjukkan latihan dilaksanakan telah mencapai objektif serta matlamatnya.

KOLEJ KEMAHIRAN YAYASAN TERENGGANU

"Meningkatkan Kemahiran Menjana Kecemerlangan"
bottom of page