top of page

1.0 â€‹  PENERANGAN

​

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran, ia berlaku sama ada ia dalam sesebuah organisasi yang bsar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

​

Griffiths (1959), menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang dadapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi social itu. Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berhartga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell pula, menjelaskan proses pentadbian sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

 

Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu insitusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih menitikberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntugan. Walaunagaimanapun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. Jadi secara ringkasnya dapat rumuskan, perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran Pengendalian, Maklumat, Kualiti atau Mutu, dan juga keberkesanan apa yang telah dirancangkan.

​

​

1.1.1 Pengurusan - Adalah satu proses social yang dibentuk dan disusun untuk mewujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Pengurusan dilaksanakan dengan melibatkan proses kemanusiaan.                

​

1.1.2 Pentadbiran - Adalah satu proses yang memuaskan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.    

 

​

1.2    Prinsip Pengurusan  

​​

Terdapat 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam organisasi iaitu :-

​

  • Pembahagian kerja

  • Kewibawaan

  • Disiplin

  • Menerima arahan dari orang lain

  • Seorang ketua bagi satu unit atau bahagian

  • Mementingkan kehendak masyarakat daripada kehendak individu

  • Gaji atau upah

  • Pemusatan

  • Aliran kewibawaan

  • Mengikut arahan’persamaan

  • Kestabilan kerja

  • Inisiatif atau daya usaha

  • Spirit de coup

​

​

1.3    Elemen Pengurusan

​

1.3.1     Membuat keputusan 

  • Amat penting kerana seseorang pengurusan itu membuat keputusan untuk tindakan alternatif selanjutnya. Elemen ini timbul didalam semua peringkat proses pengurusan.

​

1.3.2      Menyelesai masalah

  • Membuat keputusan yang lebih rumit ketika alternatif  bagi mengatasi halangan atau masalah yang akan membantu pencapaian matlamat organisasi.

​

1.3.3      Hubungan Manusia

  • Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan pekerja, menggunakan motivasi dan daya kepimpinan yang baik.

​

1.3.4      Komunikasi

  • Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok kearah pencapaian matlamat organisasi.

​

​

1.4    Proses Pengurusan

 

          1.4.1    PLANNING (merancang)

​

​i.   Menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat

ii.  Mengenalpasti objektif dan menetapkan kaedah pencapaian keberkesanan yang paling maksimum melalui proses         penetapan matlamat.

iii. Mengumpul serta menganalisis maklumat

iv. Mencari alternative atau pilihan

v.  Menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan

​

1.4.2     Organisasi (Mengelola)

​

i.   Mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf untuk mewujudkan rangkan dasar yang baik untuk menjalankan             segala aktiviti perancangan yang telah dirancang.

ii.  Mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang baik

iii. Membentuk struktur kuasa atau wibawa (authority) dan menyelaraskan jentera pelaksanaan.

iv. Menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur.

v.  Memilih, melatih dan memberitahu staf serta mendapatkan sumber-sumber lain yang perlu.

​

1.4.3      Directing (Mengarah)

​

i.   Terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan.

ii.  Memperkenalkan dan memberi kepimpinan dalam pelaksanaan perancangan dengan membuat keputusan.

iii. Mengeluarkan arahan-arahan tertentu.

iv. Memimpin, mengelola dan memberi motivasi.

​

1.4.4      Controlling (Mengawal)

​

i.   Menilai segala kerja yang dijalankan di peringkat perancangan.

ii.  Melaporkan segala penyelewengan, kelemahan dengan segera supaya dapat dibetulkan.

iii. Menunjukkan jalan mengikut langkah-langkah yang betul dengan cara membentuk matlamat dan taraf.

iv. Menetapkan pencapaian dan memperbaiki penyelewengan dan kelemahan.

​​

​

2.0        â€‹â€‹MENGENALPASTI KEPERLUAN KAKITANGAN PENGURUSAN

​​

2.1     Prosedur Standard Operasi (Standard Operating Procedure (SOP)

 

  • Satu himpunan arahan yang didokumenkan secara bertulis atau bercetak dan perlu dipatuhi.

  • (Contoh : Menerangkan peraturan atau kerja yang terlibat dalam bahagian teknikal dan bahagian pentadbiran sesebuah syarikat yang mesti dikehendalikan di bawah pelan kerja.)

​

​

2.1.1      Etika Berpakaian

  • Bagi memastikan semua pekerja berpakaian sesuai dengan kerja

 

2.1.2      Peraturan Kedatangan

  • Memastikan semua pekerja datang ke pejabat pada waktu yang telah ditetapkan.

 

2.1.3      Peraturan Pergaulan

  • Memastikan pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak melampaui batas dan juga di antara pekerja  atasab dengan bawahan.

 

2.1.4      Peraturan Permohonan Cuti

  • Memastikan semua pekerja mengisi borang cuti terlebih dahulu supaya mudah direkodkan ke dalam buku rekod cutu dan pekerja tidak boleh mengambil cuti dengan sesuka hati.

 

2.1.5      Peraturan Meminjam Kenderaan Syarikat

  • Memastikan di maklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan supaya pekerja tidak menyalahgunakan harta syarikat sesuka hati.

 

 

2.2    Senarai Undang-Undang Buruh

​

Pihak pengurusan perlu mengetahui dan memahami berkenaan Akta-Akta Pekerja sebagai contoh :

​

  • Employment Act 1955 (Akta Pekerja)

  • The Wages Councils Act 1947 (Akta Gaji)

  • The worksman’s compensation act 1952 (Akta Pampasan)

  • The Employee Social Security Act (SOCSO)1969

  • The Occupational Safety And Health Act 1994

  • The Factories And Machinery Act 1967

  • The Children And Young (Employment) Act 1966

 

2.3    Carta Organisasi

​

Adalah gambaran atau gambarajah yang berbentuk pokok bagi menggambarkan hubungan di antara personal bahagian atau unit di dalam sebuah syarikat atau organisasi.

​

Terbahagi kepada dua (2) iaitu :

​

  • Carta organisasi menegak

  • Carta organisasi mendatar

 

2.4     Senarai Tugasan Dan Skop Kerja Pengurusan Pentadbiran

 

  • Bertanggungjawab melaksanakan ytugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan dan sedia menerima segala arahan yang diberi.

 

2.4.1       Tugasan Atau Skop Kerja

 

  • Menguruskan perolehan jabatan (di bawah RM20.000.00)

  • Menguruskan asset/ inventori/stor jabatan

  • Menguruskan penerimaan / pengeluaran dokumen / surat / memo

  • Menguruskan wang runcit jabatan

  • Menguruskan hal pentadbiran kakitangan :

    • Rekod cuti

    • Kehadiran

    • Kursus

    • Menguruskan aduan pelanggan

 

 

3.0         Menyediakan Keperluan Perancangan Pengambilan Pekerja

 

3.1         Perancangan Pengambilan Dan Pemilihan Pekerja

 

  • Pengambilan ialah proses mengisi kekosongan kerja dengan menempatkan calon-calon yang sesuai. Barangkali tiada fungsi lain yang lebih penting sebagai penyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi selain proses pengambilan. Kegagalan untuk melatih calon yang sesuai mungking menyebabkan tahp pusing ganti kerja yang tinggi, pembuangan sejumlah besar pekerja, peningkatan kos latihan dan pelbagai masalah lain. Secara keseluruhan, pengambilan berkait rapat dengan proses meramal prestasi masa hadapan.

  • Sebelum proses pengambilan bermula, jabatan sumber manusia harus memastikan sama ada organisasi benar-benar memerlukan kakitangan baru. Kekosongan yang diwujudkan oleh seseorang pekerja yang telah meletakkan jawatan atau dipecat tidak semestinya dipenuhi. Kemungkinan yang masih ada dan dengan itu proses pengambilan dapat dielakkan dan menjimatkan kos dan tenaga.

  • Kepentingan perancangan dan pengambilan sumber manusia iaa memenuhi keperluan tenaga kerja dan memenuhi tuntytan peraturan dan undang-undang. Selain itu juga ia mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia.

  • Kaedah yang diperolehi terbahagi kepada dua iaitu dalaman dan luaran.

    • Di dalam konteks dalaman terdiri daripada kenaikan pangkat, jawatan kosong, inventori kemahiran, pembidaan pekerja dan rujukan pekerja.

    • Manakala konteks luaran pula terdiri daripada pengrekrutan di sekolah, kolej dan university, pengiklanan, agensi pekeja awam atau swasta, permohonan terus seperti “walk in interview” atau “write in” dan persatuan professional.

  • Masing-masing ada kebaikan dan keburukkannya dalam proses pengambilan sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Apa yang saya faham dan saya dapat gambarkan hasil daripada pemerhatian di tempat kerja, ternyata hasil dalaman lebih mempengaruhi daripada luaran kerana pekerja lebih serasi dan mengenali sesame organisasi, dapat mengurangkan kos pengambilan dan latihan, meningkatkan semangat dan dorongan dan kebarangkalian untuk Berjaya lebih senang dan tinggi kerana penilain adalah lebih baik. Luaran juga ada kebaikannya juga seperti lebih banyak idea dan pendekatan baru diperkenalkan dan memperolehi individu yang berkebolehan dan kemahiran yang lain dari yang yang lain hasil daripada pengalaman kerja mereka yang lama, disamping itu boleh berkongsi idea yang baik.

​

 

3.2       Prosedur Menjalankan Analisis Dan Huraian Pekerjaan

 

3.2.1      Definisi

 

  • Analisis kerja adalah satu proses teratur untuk menentukan tugas dan tanggungjawab berpadukan kepada jenis kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan.

  • Terdapat beberapa sumber maklumat berpotensi yang boleh digunakan untuk menjalankan analisis kerja, iaitu penyelia bagi pekerja yang emegang jawatan tersebut dan pekerja-pekerja yang sedang melakukan kerja yang serupa. Pengumpulan maklumat tentang sesuatu kerja boleh dilakukan melalui temu duga, soal selidik dan pengamatan. Hasil data terkumpul daripada analisis kerja ialah penulisan huraian kerja dan spesifikasi individu.

 

3.2.2      Maklumat Analisis Kerja

 

  • Tugas & Tanggungjawab – Aktiviti kerja yang sebenar

  • Peralatan & Mesin – Perkakasan yang digunakan dalam sesuatu kerja

  • Konteks Kerja – Keadaan  kerja atau suasana di tempat kerja

  • Pengetahuan & Kemahiran – Kebolehan yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu kerja

  • Piawai Prestasi – Menetapkan prestasi yang dikehendaki dan criteria yang akan digunakan untuk menilai prestasi kerja.

​

3.2.3       Kaedah Analisis Kerja

 

i.  Soal Selidik

  • Pekerja menggunakan borang soal selidik

  • Soalan bagi borang soal selidik adalah berstruktur, tidak berstruktur atau kedua-duanya.

  • Kaedah yang murah dan perolehan maklumat cepat daripada pekerja yang ramai.

  • Ketidakberkesanan borang soalselidik apabila jawapan tidak lengkap, tudak jujur atau berat sebelah.

 

ii. Temuduga

  • Menemubual samada secara perseorangan atau berkumpulan

  • Perhubungan yang baik antara penemubaul dengan pekerja

  • Penemubual perlu menjelaskan objektif analisis kerja

  • Pekerja bebas mengeluarkan pandangan atau idea

  • Kemungkinan berlakunya pemesongan maklumat daripada keadaan sebenar

  • Mengambil masa untuk dijalankan

 

 

iii. Pemerhatian

  • Tingkahlaku pekerja semasa menjalankan tugas

  • Sesuai bagi kerja yang melibatkan aktiviti fizikal berbanding aktiviti mental

  • Mengambil masa dan menelan belanja

 

iv.  Log Pekerja

  • Mencatatkan aktiviti kerja harian dalam buku log atau diari

  • Gambaran terperinci bilamana dilakukan dengan cara yang betul

  • Susunan berturutan dengan aktiviti kerja

  • Kurang digemari oleh pekerja

 

 

3.2.4        Pengendalian Analisis Kerja

 

i.  Deskripsi atau huraian kerja

  • Menerangkan skop, fungsi, tugas dan tanggungjawab serta aspek kerja

  • Bahagian yang terlibat :

    • Pengenalpastian Kerja

      • Nama

      • Jawatan

      • Kad Kerja

      • Jarak Kerja

      • Nama Jabatan

      • Tarikh Deskripsi

    • Ringkasan Kerja

      • Menghuraikan tugasan dengan ringkas agar memberi gambaran menyeluruh tentang tugas dan tanggungjawab​

    • Tugas Dan Tanggungjawab

      •  Menyenaraikan tugasan secara terperinci dan aktiviti kerja.

    • Hubungan Pelapor

      • Hubungan pekerja dengan individu lain di tempat kerja

    • Keadaan Kerja

      • Menghuraikan persekitaran fizikal dan social yang dihadapi oleh pekerja

 

ii.  Spesifikasi Kerja

  • Menghuraikan ciri-ciri kelayakan dan sifat tingkah laku

  • Kategori terlibat

    • Kelayakan akademik

    • Pengalaman kerja

    • Pengetahuan dan kemahiran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4.0       MENYEDIAKAN PROGRAM LATIHAN

 

4.1    OBJEKTIF LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

​

  • Organisasi terdiri daripada manusia dan melalui usaha mereka sendiri, organisasi boleh mencapai objektif dengan jayanya. Objektif organisasi boleh terdiri daripada pengeluaran barangan kepada memberi perkhidmatan. Oleh yang demikian, latihan dan pembangunan memberi sumbangan kepada kejayaan organisasi dan membolehkan pekerja untuk:

    • Mengembangkan sikap yang sihat dan membina. Program latihan dalam organisasi adalah bertujuan membentuk sikap pekerja supaya menyokong aktiviti-aktiviti terancang organisasi dan untuk memperolehi lebih kerjasama dan komitmen/kesetiaan.

    • Menambah keyakinan dan moral pekerja. Dengan bertambahnya pengetahuan dan kemahiran yang telah diberikan, pekerja akan menghadapi kerjanya dengan penuh keyakinan dan kepastian. Kepercayaan kepada diri sendiri secara langsung akan meningkatkan kemahirannya berlipat kali ganda.

    • Menyediakan pekerja untuk menghadapi tugasan pada masa hadapan. Manusia tidak akan merasa kepuasan sekiranya mereka bekerja dalam jawatan yang sama pada jangka waktu yang panjang. Mobiliti adalah factor utama dalam motivasi. Salah satu objektif latihan ialah memberi pekerja peluang untuk meningkat dalam kedudukan hierarki organisasi atau beralih kepada tugasan yang akan mendapat kenaikan pangkat.

    • Memperbaiki prestasi pekerjaan dan seterusnya memperbaiki prestasi organisasi. Cara yang paling kos-efektif dan efesien dalam menjalankan sesuatu tugasan atau pekerjaan dipelajari oleh pekerja semasa latihan. Ini akan mengakibatkan produktiviti bertambah dan lebih berkualiti. Kualiti dan inisiatif di kalangan pekerja juga akan digalakkan 

    • Memperbaiki kualiti pekerjaan dan mengurangkan pembaziran dan kesilapan. Kesilapan dalam operasi di taha minima kerana dalam latihan pekerja diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran bekerja yang baru dan telah diperbaiki. Pembaziran, pengulangan dan kerosakan berkurangan. Kekurangan dalam kerja juga diselesaikan dalam sesi latihan. Ini menyebabkan pengurangan bahaya dan kejadian kemalangan. Akibatnya, persekitaran kerja yang selamat dan  baik diwujudkan.

    • Memperolehi kepuasan kerja Latihan diberikan supaya kadar pusing ganti dan absenteeism dikurangkan. Latihan di sini merupakan satu alat yang menyemarakkan rasa kepunyaan serta bangga di kalangan pekerja. Kedua-dua memberi sumbangan kapada mekanisma menghalang dan mengurangkan pusing ganti pekerja.

​

  • Objektif program latihan yang unggul mengandungi tiga (3) bahagian :

 

i.   Gelagat terminal

  • Gelagat terminal merupakan keperluan minimum yang mutlak bagi objektif latihan.

  • Selalunya gelagat terminal dilakukan dalam perkataan “di akhir modul 4 pelatih diploma kemahiran Malaysia sistem maklumat boleh mengendalikan latihan dengan baik” atau “ di akhir kursus, peserta boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan fasih”

  • Perkataan yang tidak jelas seperti tahu dan faham tidak sesuai digunakan

  • Gunakan perkataan yang boleh mengeluarkan hasil yang boleh diperhatikan dan dikira seperti kenalpasti, senarai dan tunjuk ajar.

 

ii.  Bahagian yang hendak dicapai

  • Adalah amat berguna menyatakan dengan jelas piawaian yang perlu dicapai oleh pelatih.

  • Walaubagaimanapun dalam latihan industi, ketepatan 100% apabila diuji, terpaksa menjalani prohram latihan sehingga boleh mencapai piawaian yang diperlukan.

 

iii. â€‹Beberapa Syarat boleh Dimasukkan Bagi Memastikan Objektif Menjadi Lebih Jelas.

  • Contoh – Pelatih dikira lulus jika lulus ujian lisan.

 

​

4.1.1       Langkah-Langkah dalam Mengendalikan Program Latihan

​

  • Kenalpasti keperluan latihan

    • Siapa yang memerlukan latihan

    • Bidang yang berkaitan

  • Tentukan objektif latihan

    • Gelagat terminal

    • Piawaian yang hendak dicapai

    • Syarat-syarat prestasi

  • Rekabentuk program

    • Tentukan lokasi

    • Tentukan kaedah yang digunakan

    • Belanjawan

  • Laksanakan program

  • Nilaikan program

    • Maklumbalas pelatih

    • Gelagat selepas latihan

    • Keuntungan kos

 

4.1.2      Faedah-Faedah Latihan

 

  • Faedah Utama Sesuatu Latihan Adalah

 

i.  Meningkatkan produktiviti pekerja

  • Kemahiran yang ada lebih mahir, seterusnya dapat menghasilkan kerja dan produktiviti kerja meningkat.

 

ii.  Meningkatkan kepuasan kerja pekerja

  • Pengetahuan, kemahiran, keupayaan dan sikap pekerja yang meningkat dan bermotivasi akan dapat menghasilkan kerja yang lebih baik.

 

iii.  Menjadikan pekerja sentiasa peka dengan keperluan terkini

 

iv.  Membantu memotivasikan pekerja

 

 

4.1.3      Pendekatan Sistematik Mengendalikan Latihan

 

  • Pendekatan sistematik yang boleh diambil ketika mengendalikan latihan adalah :

    • Bentuk dasar

    • Tentukan keperluan

    • Tetapkan objektif

    • Pelaksanaan program

    • Pemilihan media

    • Pilih kaedah

    • Nilai program

 

 

4.1.4      Mengendalikan Latihan

 

  • Dua perkara yang memerlukan latihan :

​

i.  Pekerja yang memerlukan latihan

  • Pekerja yang prestasinya rendah

  • Pekerja yang baru memerlukan induksi dan latihan asas kemahiran

  • Pekerja yang ditukar atu dinaikkan pangkat

  • Apabila teknologi dan prosedur baru diperkenalkan

 

ii.  Apakah kemahiran yang kurang ada pada pekerja

  • Sekiranya mesin baru diperkenalkan, setiap pekerja yang akan menggunakannya perlu diberi latihan.

  • Bagi menentukan latihan yang hendak diberikan analisis keperluan latihan (TNA) perlu dibuat terlebih dahulu.

 

 

4.1.5      Langkah-langkah dalam menentukan analisis keperluan latihan (TNA)

  • Kenalpasti masalah prestasi

  • Putuskan samada masalah tersebut cukup serius atau tidak untuk diambi tindakan.

  • Kenalpasti penyebab masalah

  • Jana penyelesaian alternative kepada masalah tersebut

  • Pilih penyelesaian dan imolementasi terbaik

 

4.1.6      Kaedah Latihan

​

  • Job Rotation (Pusingan Kerja)

    • memerlukan seseorang pekerja untuk berpindah dari satu jabatan yang lain untuk meluaskan pengalaman mereka.​

  • Lecture (KULIAH)

    • Kuliah dan ceramah adalah kaedah yang paling kerap digunakan dalam memberikan ilmu dan maklumat kepada para pekerja.​

  • Role Play (Permainan Pengurusan)

    • Suatu kaedah yang dijalankan oleh organisasi untuk pegawai dan pengurus di mana mereka dikehendaki bertindak balas terhadap masalah-masalah yang berkait rapat dengan masalah harian.​

  • Latihan Berdasarkan Komputer

    • Kaedah di mana peserta akan diberikan sebuah komputer yang dimuatkan dengan perisian latihan tersebut. Pelatih akan diberi latih tubi atau membaca nota yang telah disediakan di dalam program tersebut.

    • Menguruskan dan menyemak jawapan dengan menggunakan sistem komputer.

  • Simulator atau vestibul

    • Memerlukan kos yang tinggi kerana organisasi perlu mereka bentuk satu keadaan sama seperti di tempat kerja.​

 

​

5.0        PENILAIAN PESTASI PEKERJA

 

5.1     Definisi

  • Penilaian prestasi merupakan satu proses penilain sistematik secara berkala melalui perbandingan dari segi pencapain pekerja dengan sasaran yang ditetapkan. Ianya satu prosedur penetapan dan perbandingan piawaian serta pemberian maklum balas kepada pekerja.

 

5.2     Tujuan Penilaian

  • Tingkatkan Keberkesanan Dan Produktiviti

  • Proses Pemberitahuan Kedudukan Pekerja

  • Berperanan Memberi Peluang Kepada Pekerja Dan Penyelia Berbincang

  • Ketahui kelemahan dan kelebihan pekerja

 

5.3     Langkah Pelaksanaan

 

  • Pengenalpastian

    • Dimensi kerja mempengaruhi kejayaan organisasi

  • Perbandingan/Pengukuran

    • Pengukuran selari dengan matlamat organisasi

  • Pengurusan

    • Pengurusan bagi pencapaian masa depan

 

5.4    Aspek Yang Dinilai

  • Hasil Kerja

    • Ianya samada dalam bentuk kuantiti dan kualiti barangan yang dihasilka

  • Gelagat

    • Berdasarkan kepada gaya kepimpinan, cara bertindak, etika kerja, semangat kerja berpasukan dan penampilan diri

  • Sikap

    • Merujuk kepada sifat peribadi yang mempunyai oleh pekerja seperti berdedikasi, bersungguh-sumgguh, peramah dan fleksibel (mengikut kesesuaian)

  • Keyakinan

    • Pekerja mestilah mempunyai keupayaan untuk bekerja dengan pengawasan yang paling minimum.

  • Realibiti/ketetapan

    • Membantu pekerja menyiapkan kerja yang diamanahkan mengikut masa dan spesifikasi yang ditetapkan

  • Kerjasama

    • Mampu memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran atau idea, bertolak ansur dan bergiat aktif dalam pembangunan masyarakat

 

5.5     Kesilapan Dalam Penilaian

  • Kesan Halo

    • Penilai mengambil kira sifat pekerja yang tiada kaitan dengan kerja (perlakuan peribadi)

  • Steotaip

    • Penilai mengkategorikan kreteria peribadi pekerja

  • Atribusi

    • Penilai Meletakkan Penyebab Sesuatu Gelagat​

​

​5.6     Proses Penilaian

  • Pemerhatian tidak formal

    • Tanggungjawab pada ketua jabatan

    • Dilaksanakan tanpa pengetahuan pekerja

    • Berdasarkan pada borang penilain prestasi

  • Temuduga

    • Ketua kenalpasti kaedah temuduga

    • Pembahagian tugas dan tanggungjawab

    • Penetapan piawaian dan matlamat khusus

    • Maklum balas

​

 

5.7      Kaedah Penilaian

  • Kaedah Penilaian Senarai Semak

    • Permarkahan melalui sesuatu item

    • Mengredkan markah keseluruhan pencapain pekerja

    • Teknik yang mudah dilaksanakan

  • Kaedah skala kelakuan

    • Penilain berkaitan peristiwa genting (luar biasa)

    • Permakahan melalui gelagat kritikal

    • Perbezaan prestasi baik atau buruk

  • Kaedah skala perkadaran grafik

    • Penilaian melalui skala terendah hingga tertinggi

    • Kaedah yang mudah dan cepat diuruskan

    • Tidak memberi tafsiran sebenar

 

5.8       Ketidakberkesanan Penilaian

  • Maklumat pekerja yang dinilai sedikit

  • Piawai penilaian kabur

  • Pengurus bersikap sambil lewa, tiada persediaan dan kemahiran serta tidak jujur

  • Pekerja tidak diberi maklum balas hasil penilaian

  • Perbincangan pembangunan pekerja tidak berkesan

 

 

6.0       MENYEDIAKAN LAPORAN AKTIVITI KAKITANGAN PENGURUSAN

 

6.1       Laporan Yang Akan Disediakan Mengandungi Perkara-Perkara Berikut:

 

            6.1.1  Laporan Pengurusan Dan Pentadbiran

  • Prinsip pengurusan

  • Elemen pengurusan

  • Proses pengurusan

 

   6.1.2    Laporan Mengenalpasti Keperluan Kakitangan Pengurusan

  • Prosedur standard operasi

  • Senarai undang-undang buruh

  • Carta organisasi

  • Senarai tugas dan skop kerja pengurusan pentadbiran

 

   6.1.3    Laporan Menyediakan Keperluan Perancangan Pengambilan Pekerja

  • Perancangan pengambilan dan pemilihan pekerja prosedur

  • Prosedur menjalankan analisis dan huraian pekerjaan

 

             6.1.4    Laporan Menyediakan Program Latihan

  • Objektif latihan dan pembangunan

 

   6.1.5    Laporan Penilaian Prestasi Pekerja

  • Proses-proses penilaian prestasi

​

contoh analisis kerja.png
contoh deksperi kerja.png

KOLEJ KEMAHIRAN YAYASAN TERENGGANU

"Meningkatkan Kemahiran Menjana Kecemerlangan"
bottom of page