top of page

Penerangan

​

Sebahagian besar asset semasa sebuah perniagaan biasanya dipegang dalam bentuk inventori. Inventori yang dipegang mungkin dalam perbagai jenis untuk digunakan sebagai bahan dalam proses pengeluaran atau dijual. Satu aspek penting dalam sistem pengurusan inventori adalah untuk memastikan kuantiti inventori yang patut dipegang. Ini adalah kerana kuantiti yang terlampau besar akan menyebabkan kos penyimpanan inventori terlalu tinggi dan modal yang besar terikat kepada invetori. Kuantiti inventori yang terlalu rendah boleh menjejaskan proses pengeluaran atau volum jualan. Oleh yang demikian, dari semasa ke semasa pihak pengurusan ingin memperoleh data tentang kuantiti dan nilai inventori yang dipegang supaya masalah kelebihan atau kekurangan inventori dapat dielakkan. Data tentang kuantiti dan nilai inventori adalah penting bukan sahaja untuk tujuan pengurusan tetapi untuk tujuan menghitung kos barang dijual dan untuk perniagaan pada akhir setiap tempoh perakaunan.

​

​

1.0    Perancangan aktiviti kawalan inventori

 

Konsep inventori digunakan untuk merujuk kepada semua item yang dipegang untuk tujuan dijual atau untuk digunakan sebagai bahan untuk memproses sesuatu produk. Inventori yang dipegang oleh sebuah perniagaan termasuk item-item berikut ;

​

  1. Barang niaga yang telah dibeli atau diproses untuk tujuan dijual

  2. Kerja dalam proses, iaitu barang separuh siap yang akan diproses semula untuk menjadi produk siap

  3. Bahan mentah yang dipegang untuk digunakan sebagai bahan dalam proses pengeluaran

 

​

1.1     Terdapat 3 jenis inventori iaitu:

​

  1. Bahan Mentah (Raw Material)- bahan yang ditukar menjadi barang siap

  2. Kerja Dalam Proses (Work In Progress)- barang yang masih dalam proses pengilangan

  3. Barang siap (Finished Good/ Complete Good)- barang yang sedia dijual

 

Kebiasaanya perniagaan yang mempunyai kilang (Manufacturing Business­) akan mempunyai ketiga-tiga jenis inventori di atas. Berikut merupakan contoh bagi inventori kilang yang menghasilkan nanas dalam tin.

​

​

​

​

​

​

​

​

 

Bahan mentah = Raw Material nanas yang belum diproses

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

Kerja dalam proses = Work In Progress nenas yang SEDANG diproses

​

​

​

 

 

 

 

 

 

 

Barang siap = Finished Good / Completed Goods nenas yang telah siap diproses menjadi nenas dalam tin

​

​

Kawalan stok

​

Memadangkan stok adalah salah satu asset yang penting, langkah-langkah kawalan perlu disediakan bagi memastikan :

​

  • Rekod stok adalah tepat dan boleh dipercayai

  • Stok sentiasa ada apabila diperlukan

  • Tidak berlaku kehilangan stok

 

​

Unsur-unsur dalaman yang baik bagi inventori biasanya termaksuklah :

​

  1. Membuat pengiraan stok secara fizikal sekurang-kurangnya sekali dalam setahun

  2. Menyimpan stok dengan baik bagi mengelakkan kecurian dan kerosakan

  3. Akses kepada inventori hanya diberikan kepada kakitangan yang tidak ada akses kepada rekod perakaunan (iaitu pengasingan tugas)

  4. Menyimpan rekod secara berterusan bagi barang niaga yang kos seunitnya tinggi

  5. Menyimpan stok secukupnya di tangan bagi mengelakkan kekurangan stok

  6. Pembelian stok dalam kuantiti yang ekonomikal

 

​

Terdapat 2 sistem yang biasa digunakan bagi merekod inventori :

​

  1.      Sistem inventori berterusan

  • Akaun stok akan dikemaskini setiap kali berlaku pembelian, jualan atau pemulangan stok. Bagi jualan pula akaun stok akan dikreditkan bagi kos barang jualan

  • Setiap kali jualan berlaku, untung kasar dapat diketahui dengan memadankan jualan kos dan barang dijual.

  • Walaupun system ini memberikan kawalan yang baik kepada inventori, namun ia melibatkan masa yang banyak dan kos yang tinggi.

​

  2.     Sistem inventori berkala

  • Akauan stok dikemaskini pada akhir tempoh. Ini bermakna baki akaun stok pada awal tempoh tidak berubah sehingga akhir tempoh perakaunan

  • Kos pembelian inventori direkodkan dalam akaun belian, bukan dalam akaun stok

  • Apabila stok dijual, pengiraan fizikal stok perlu dibuat untuk menilai stok dan juga mengira untung atau rugi

  • Kos barang dijual ditentukan melalui pengiraan dengan menggunakan formula Kos Barang Dijual = Stok Awal + Belian Bersih – Stok Akhir

 

Tiga kaedah yang biasa digunakan ialah ;

 

  1. Masuk dulu keluar dulu ( first in first out )

  • Mengandaikan bahawa barang yang dijual adalah unit yang pertama dibeli. Ini bermakna inventori yang tinggal adalah belian terbaru

​

  2. Masuk kemudian keluar dulu (last in first out)

  • Mengandaikan bahawa barang yang dijual adalah unit yang terbaru dibeli. Ini bermakna inventori yang tinggal adalah dari belian terawal.

​

​

1.1.1 Kaedah Kawalan Inventori

​

Kaedah kawalan inventori berbeza daripada satu syarikat dengan syarikat yang lain. Kaedah kawalan inventori yang paling sesuai untuk barang-barang yang bergerak perlahan serta tidak berfungsi dan juga bagi barang-barang yang bergerak pantas di dalam pengurusan inventori syarikat. Bagi kaedah pengawalan inventori, sesebuah syarikat perlulah melakukannya dengan sempurna kerana tidak terdapat spesifik atau bentuk khas yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah syarikat di dalam system kawalan inventori. Sebuah syarikat hanya boleh berusaha untuk mencari kaedah terbaik yang boleh dan mutu perkhidmatan yang diberikan.

​

​

Kaedah Sistem Tepat Pada Masa (Just In Time @ JIT)

​

1. sistem JIT dikenali sebagai sistem sifar

2. sistem ini lama diamalkan di jepun untuk meningkatkan daya produktiviti serta mengurangkan kos pengeluaran

3. sistem JIT mahu pembekal menghantar bekalan tepat pada masa dengan saiz inventori seberapa minimum yang                  mungkin

​

​

Objektif sistem jit

​

  • Meminimumkan inventori

  • Mengelakkan pembaziran

  • Mengurangkan masa penyediaan

  • Menambah baik sistem pengeluaran secara berterusan

  • Menjadikan proses pengeluaran lebih anjal

 

​

Ciri-ciri sistem JIT

 

Pengalaman sistem tarik terhadap aliran bahan-bahan

​

  • Apabila sesebuah stesen kerja memerluakan komponen yang lengkap

 

​

1.1.2 Kaedah kuantiti pesanan ekonomi (economic order quality @ EOQ)

​

  • Kaedah EOQ merupakan pendekatan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum yang meminimumkan jumlah kos berubah mengikut saiz pesanan apabila permintaan dianggap dapat diramalkan dengan tepat dan nilainya berubah dari semasa ke semasa

  • Model EOQ digunakan untuk inventori permintaan tidak bersandar

 

​

1.1.3 Stok keselamatan (safety stock)

​

  • Stok adalah satu asset yang terbesar bagi firma pembarangan (samada pemborong atau peruncit) dan firma pengilangan.

​

nanas.jpg
63773315460.jpg
61UxD42OI+L._SY355_.jpg

KOLEJ KEMAHIRAN YAYASAN TERENGGANU

"Meningkatkan Kemahiran Menjana Kecemerlangan"
bottom of page