top of page

DEFINISI PEMASARAN

​

Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan danpenukaran produk atau nilai di kalangan mereka.Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhikeperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran. Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk,perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dansebagainya. Keputusan-keputusan ini adalah berkaitan dengan aspek-aspek pemasaran yang akan kita pelajari dalam pelajaran-pelajaran yang akan datang.

​

​

Konsep – keperluan ( Needs )

​

  • Sesuatu yang amat diperlukan oleh seseorang individu

 

​

Individu – contoh : makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain

 

​

Teori Maslow – kajian tentang keperluan manusia.

​

  • Keperluan fisiologi

  • Keperluan keselamatan

  • Keperluan kasih sayang

  • Keperluan penghormatan diri

  • Keperluan pencapaian diri

 

Teori maslow dapat membantu pengeluar untuk mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang diperlukan dan memenuhi keperluan individu.

 

​

Konsep – kehendak ( Wants )

​

  • keperluan manusia terbentuk oleh persekitaran budaya dan personaliti

​

​

STRATEGI PEMASARAN

​

Dalam perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran, pengurus pemasaran akan memberikan  penejanan kepada 4 komponen asas.  Empat komponen asas ini dipanggil 4P’s ataupun dipanggil paduan pemasaran.  Ianya merangkumi Produk, Harga, Promosi dan Saluran Pengedaran.

 

a)  Produk

​

  • Produk ialah satu barangan, perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi keperluan pengguna.  Membentuk dan mendapatkan idea untuk satu produk baru adalah satu cabaran besar kepada pemasar yang seharusnya juga mengambilkira persekitaran yang sentiasa berubah. 

  •  Contohnya perubahan teknologi, keperluan dan kehendak pengguna dan persekitaran ekonomi.  Memenuhi kehendak pengguna selalunya menyebabkan berlakunya perubahan kepada produk sedia ada.

 

b) Harga

​

  • Ianya berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuaian bagi sesuatu produk.  Perletakan harga mestilah mengambilkira kesemua kos yang terlibatseperti kos operasi pengeluaran, pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, kos pemasaran, iklan dan gaji pekerja.  Dalam masa yang sama harga produk tidak boleh terlalu tinggi dimana ini akan menyebabkan pengguna memilih produk saingan. 

  • Harga produk yang tinggi selalunya tidak dapat meningkatkan jumlah jualan yang tinggi tetapi cukup untuk mendapatkan untung yang besar.  Bagi sesetengah produk, harga yang tinggi akan dikaitkan dengan produk yang berkualiti tinggi.  Syarikat juga boleh mengenakan harga yang rendah dan ini akan meningkatkan jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan keuntungan.

 

c) Promosi

 

Promosi merupakan teknik untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu produk dan ia merupakan aspek yang paling menonjol dalam paduan pemasaran.  Alat-alat promosi yang paling pentinga ialah:-

​

  • Iklan

    • Iaitu satu bentuk komunikasi bukan personal yang digunakan oleh penaja untuk memaklumkan kepada bakal pembeli  mengenai sesuatu produk.

​

  • Jualan Peribadi/terus

    • Jualan dari pintu ke pintu dimana penjual akan menerangkan kepada bakal pembeli mengenai produk.  Banyak barangan industri menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan jualan  disamping memberikan perkhidmatan tambahan.  Wakil jualan akan menunjukkan kaedah penggunaan kepada pelanggan terutama untuk alatan/produk yang teknikal dan canggih.

​

  • Promosi Jualan

    • Kaedah ini selalu digunakan untuk produk yang tidak begitu mahal, dimana ia melibatkan satu tarikan kepada bakal pembeli.  Hadiah percuma, kupon dan potongan harga ditawarkan kepada pembeli untuk menarik minat mereka membeli produk tersebut.

​

  • Publisiti/Perhubungan Awam

    • Melibatkan semua bentuk komunikasi untuk membina imej baik syarikat serta produk keluarannya

KOLEJ KEMAHIRAN YAYASAN TERENGGANU

"Meningkatkan Kemahiran Menjana Kecemerlangan"
bottom of page