top of page

PENERANGAN

​

Setiap komputer yang kita gunakan samada komputer jenis Laptop ataupun Desktop mestilah mempunyai sistem operasi yang tertentu. Sistem operasi ini adalah bertujuan untuk menjalankan sistem sesebuah komputer seperti Microsoft Windows, Mac yang biasa digunakan. Selain itu, terdapat pelbagai jenis lagi sistem operasi sumber terbuka open source system yang boleh didapati secara percuma seperti Linux dan sebagainya.

​

Sistem operasi adalah sistem asas yang perlu ada pada sesebuah komputer untuk menjalankan segala perkakasan yang terdapat pada komputer tersebut. Perisian sistem operasi ini seperti windows, mac os, ubuntu dan sebagainya mestilah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam sistem komputer sebelum dimasukkan perisian-perisian lain seperti Microsoft office, antivirus, media player dan sebagainya. Jadi sebelum membangunkan sesebuah pengkalan data, pengguna mestilah mengetahui sistem operasi yang digunakan untuk memudahkan proses membangunkan pengkalan data tersebut. Biasanya sistem operasi yang biasa digunakan ialah Microsoft Windows yang terdapat dalam berbagai versi. Antaranya ialah seperti Windows 98, Windows ME, Windows 2000, Windows XP, Windows Vsta, Windows 7, Windows 8 dan banyak lagi.

 

​

1.0     MENGENALPASTI KEPERLUAN MEMBANGUNKAN PENGKALAN DATA

​

1.1 JENIS-JENIS SISTEM OPERASI

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

 

Media storan ialah sejenis perkakasan komputer yang digunakan untuk menyimpan data yang dibangunkan di dalam komputer samada untuk simpanan secara kekal ataupun untuk dipindahkan ke tempat lain. Tetapi tujuan utama media storan ini adalah untuk membuat simpanan data. Sekiranya data yang disimpan itu berkapasiti kecil, maka memadai dengan menyimpanya ke dalam Pen Drive. Tetapi apabila data yang disimpan itu berkapasiti besar dan penting, makan perkakasan yang paling sesuai ialah hard disk mudah alih atau external hard disk yang mempunyai keluasan simpanan data sehingga 2 Terabyte ataupun 2,000 Gigabyte ataupun 2,000,000 Megabyte.

​

​

1.2 JENIS-JENIS MEDIA STORAN

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

Virus adalah sejenis arahan ataupun sistem pengatucaraan yang dibangunkan oleh sesetengah individu untuk tujuan tertentu seperti mencuri data, melemahkan musuh, menunjukkan kepakaran diri, merosakkan sistem dan sebagainya. Biasanya virus ini mudah dijangkiti melalui perkakasan perantaraan seperti pendrive yang pada asalnya telah dijangkiti virus melalui komputer yang telah dijangkiti atau melalui sambungan internet. Biasanya atucara virus ini ialah menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer lain tanpa pengetahuan pengguna. Apabila virus ini telah berjaya menjangkiti sesebuah sistem komputer, maka akan terdapat kesan yang ketara seperti kehilangan atau kerosakan pada fail-fail tertentu, perjalanan komputer menjadi lambat, keluar paparan yang menyatakan komputer telah dijangkiti virus, arahan yang dibuat tidak sama dengan atucara dan sebagainya. Akhirnya arahan komputer menjadi tidak menentu sehingga komputer tidak boleh untuk memasuki sistem operasi.

​

​

1.3 JENIS-JENIS VIRUS YANG MENYERANG KOMPUTER

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

Anti virus merupakan satu jenis perisian yang digunakan untuk mengesan dan membuang malware, seperti: virus komputer, adware, backdoors, malicious BHO’s, dialers, fraud tools, hijackers, key loggers, spyware, trojan horses, worms dan sebagainya. Biasanya perisian ini terdapat dalam beberapa jenis samada percuma atau berbayar. Perisian antivirus ini boleh dimuat turun dengan mudah di internet mengikut keperluan pengguna. Antara perisian antivirus semasa yang biasa digunakan ialah seperti Avira Antivir, Kaspersky Lab, Avast, Bitdefender dan banyak lagi. Selain dari mengimbas dan menghapus virus, terdapat juga fungsi lain antivirus ini seperti firewall. Iaitu boleh menyekat atau menghalang arahan yang tidak sah dari internet daripada memasuki komputer tersebut. Arahan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga supaya semua arahan yang dibuat melalui internet ditapis terlebih dahulu.

​

​

1.4  JENIS-JENIS PERISIAN ANTI VIRUS

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

Untuk membangunkan sesebuah sistem pangkalan data, pengguna mestilah mengetahui terlebih dahulu jenis-jenis perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan pangkalan data. Terdapat pelbagai jenis perisian pengkalan data yang boleh digunakan mengikut keperluan pengguna samada dengan cara berbayar atau percuma. Perisian-perisian ini boleh didapati terus di internet dengan memuat turunya ke dalam komputer dan kemudian melakukan arahan installasi. Setiap perisian ini mempunyai kelebihan dan kekuranganya yang tersendiri bergantung kepada keperluan pengguna. Biasanya perisian pengkalan data ini mengandungi beberapa format tertentu seperti table, form, report, dan sebagainya.

​

​

2.0     MENGENALPASTI PERISIAN MEMBANGUNKAN PENGKALAN DATA

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

2.1    CARA-CARA MEMBANGUNKAN PENGKALAN DATA MENGGUNAKAN PERISIAN MICROSOFT ACCESS

​

Microsoft Access merupakan satu perisian atau aplikasi yang digunakan untuk menghasilkan pangkaan data (database). Untuk pengetahuan pelatih, Microsoft Access ini terdapat di dalam program MICROSOFT OFFICE samada Microsoft office 97, Microsoft Office 2000, Microsoft Office XP dan Microsoft Office 2003. Selain Microsoft Access, banyak lagi perisian yang kitab oleh guna untuk membuat pangkalan data antaranya perisian ORACLE, Lotus Note, MySQL dan lain-lain. Walaubagaimanapun tahap 2 hanya menggunakan program Microsoft Access sahaja. Ini kerana program tersebut lebih mudah untuk digunakan dan mudah untuk dikendalikan.

​

​

TEKNIK / CARA MENGHASILKAN PANGKALAN DATA

​

  1. Pangkalan data dihasilkan dengan menggunakan program Microsoft Access.

  2. Pangkalan data dengan menggunakan program visual basic.

  3. Pangkalan data dengan menggunakan program web base seperti ASP atau PHP.

 

​

Perhatian

​

Walau bagaimanapun Tahap 2 hanya menggunakan program Microsoft Access sahaja. Ini kerana program tersebut lebih mudah untuk digunakan dan mudah untuk dikendalikan.

​

​

Peralatan dan Perisian

​

  1. Komputer – yang lengkap dengan perisian asas dan berfungsi dengan baik

  2. Perisian – Program Microsoft Access 2007 / 2010 / 2013

​

​

Format Pangkalan Data

​

Format pangkalan data mestilah mempunyai item-item tertentu supaya ia dapat berfungsi dengan baik dan tersusun iaitu :-

​

  1. Table > Dimana tempat untuk memasukan menu / perkataan yang akan digunakan.

  2. Form > Tempat / lokasi yang digunakan untuk memasukan data / maklumat.

  3. Report > Satu bahagian yang digunakan untuk memaparkan keseluruhan maklumat yang telah dimasukan.

 

​

Antaramuka (interface)

​

  1. Penggunaan symbol dan singkatan perkataan mestilah memberikan maksud yang tepat dan mudah difahami oleh pengguna.

  2. Setiap antaramuka mestilah mempunyai butang tertentu mengikut kesesuaian dan kepentingan pengkalan data dibangunkan.

​

Latarbelakang (background)

​

  1. Latarbelakang juga memainkan peranan penting dalam pangkalan data kerana paparan yang menarik memudahkan pengguna mengendalikan dan menguruskan sistem pangkalan data tersebut.

  2. Gambar latarbelakang boleh di ambil samada dari peti simpanan program tersebut ataupun melalui internet mengikut kesesuaian pengguna dan pembangunan pengkalan data itu sendiri.

 

Carian Data

​

  1. Bahagian ini mestilah ditekankan kerana data yang disimpan memerlukan carian untuk dikenalpasti. Bahagian ini biasanya dilabelkan dengan nama Kata Kunci. Bahagian kata kunci ini menggunakan nama atau nombor yang tidak ada persamaan dengan yang lain seperti No Kad Pengenalan, No Pekerja dan sebagainya.

  2. Pengguna perlu memasukan nombor identity diri untuk mencari data atau maklumat yang disimpan di dalam sistem tersebut.

 

Cetakan Data

​

  1. Peringkat ini adalah yang terakhir dalam proses pangkalan data kerana rekod akan dicetak pada kertas dikenali sebagai “hard copy”. Biasanya proses cetakan ini dibuat adalah untuk memaparkan keseluruhan maklumat atau data yang disimpan.

​

​

Proses membangunkan pengkalan data

​

Proses untuk membangunkan sesebuah sistem pangkalan data Microsoft Access mestilah dimulakan dengan betul kerana ia memerlukan aturan-aturan yang betul. Sekiranya peraturan tidak dibuat mengikut susunan yang betul, sistem tidak dapat berfungsi dengan baik. Di sini, proses turutan mestilah dibuat dan diikuti dengan betul.

 

​

Memulakan Program Microsoft Access

​

Start – All Programs – Microsoft Office – Microsoft Access. Atau Klik pada Shorcut Icon Kunci pada Desktop. Kemudian satu paparan Microsoft Access yang kosong akan terhasil.

​

Terdapat pelbagai jenis arahan bagaimana cara untuk membangunkan pengkalan data. Pengguna hanya perlu memilih arahan Blank Database. Seterusnya paparan atau tetingkap untuk meletakkan NAMA pengkalan data akan dipaparkan pada sebelah KANAN.

​

Blank Database ialah menghasilkan pangkalan data secara manual. Manakala menu yang lain ialah untuk menghasilkan pangkalan data dengan bantuan atau janaan komputer.

​

Pada tetingkap ini, pengguna akan menamakan pengkalan data yang akan dibangunkan dengan nama yang sesuai dengan tujuan. Selain itu, pengguna juga diberikan pilihan lokasi simpanan fail tersebut mengikut keperluan pengguna samada menyimpanya terus ke dalam simpanan komputer atau ke simpanan yang lain seperti pendrive dan sebagainya.

Nama yang akan digunakan untuk setiap pengkalan data yang dibangunkan mestilah bersesuaian dengan tujuan pengkalan data tersebut dibangunkan. Pemilihan nama yang sesuai ialah bertujuan untuk memudahkan pencarian fail pengkalan data tersebut.

​

Pada tetingkap ini, pengguna tidak perlu menukar nama yang lain, memadai hanya memilih arahan OK. Sekiranya pengguna ingin melihat tetingkap ini dalam bentuk tetingkap yang berlainan dan mudah, pengguna perlu memilih arahan VIEW dan DESIGN VIEW yang terdapat pada tetingkap sebelah kiri.

​

Seterusnya pengguna akan memasukkan menu atau nama-nama penting untuk membangunkan data. Nama atau perkataan yang hendak digunakan mestilah bersesuaian dengan tujuan pengkalan data tersebut. Diantara nama tersebut mestilah ditanda dengan Primary Key atau kata kunci untuk memudahkan pencarian. Pada tetingkap ini, pengguna boleh memasukkan data yang diperlukan, tetapi untuk memudahkan lagi proses kemasukan data, pengguna perlu membuat arahan FORM.

​

Diantara menu atau item yang terdapat di dalam paparan jadual ialah :-

​

  1. Field name (Nama Medan atau nama singkatan yang mana data akan dimasukkan padanya seperti Nama atau Alamat individu, Nama atau Lokasi peralatan dan sebagainya. Perkataan yang digunakan mestilah ringkas tetapi memberi faham kepada pengguna.

  2. Data Type (Jenis Data iaitu data yang akan dimasukan itu berbentuk nombor, huruf, huruf dan nombor dan sebagainya. Sekiranya jenis data yang dipilih adalah nombor, maka pengguna tidak boleh memasukan huruf di situ kerana sistem hanya menerima nombor sahaja).

  3. Description (Keterangan Medan ialah maklumat tambahan supaya pengguna mudah memahami maklumat yang akan dimasukan seperti Alamat – merujuk kepada alamat tempat tinggal sekarang dan sebagainya).

​

​

Langkah seterusnya ialah FORM, iaitu arahan untuk memasukkan data / maklumat pengkalan data tersebut. Pengguna perlu memilih arahan-arahan tertentu untuk meneruskan arahan FORM ini. Berikut adalah arahan yang perlu dilalui untuk membuat FORM.

​

Disini pengguna perlu memasukan menu yang berada di dalam kotak sebelah kiri ke dalam kotak sebelah kanan. Pengguna boleh memilih untuk memasukan sebahagian menu sahaja untuk dimasukan dengan memilih simbol atau butang atau untuk memasukan keseluruhan menu yang terdapat di dalam kotak sebelah kiri. Seterusnya pengguna perlu memilih menu NEXT yang dipaparkan untuk meneruskan arahan yang seterusnya.

​

Disini ialah menu yang terakhir yang mana pengguna perlu memilih menu FINISH untuk membuat arahan yang seterusnya.

Setelah pengguna memilih menu FINISH, paparan untuk memasukan data akan dipaparkan. Di sini pengguna akan memasukkan maklumat yang hendak dimasukan dengan betul dan lengkap. Setiap menu mestilah diisi keseluruhanya sebagaimana yang dipaparkan. Sekiranya pengguna lupa untuk memasukan keseluruhan maklumat, maka sistem akan memaparkan arahan ERROR kerana maklumat yang diisi tidak lengkap.

​

Setelah setiap satu data yang telah lengkap diisi, pengguna perlu memilih arahan setiap kali untuk menyimpan data yang telah lengkap diisi dan juga untuk memasukan data yang baru sehinggalah proses memasukkan data selesai.

​

​

Laporan (Report)

​

Report atau laporan ialah bertujuan untuk memaparkan keseluruhan maklumat yang telah dimasukkan ke dalam sistem pengkalan data. Maklumat ini dipaparkan mengikut keperluan pengguna samada dalam bentuk mendatar landscape atau menegak portrait. Selain dari memaparkan maklumat ia juga bertujuan untuk simpanan sekiranya berlaku kerosakan pada pengkalan data.

​

Arahan untuk membuat laporan REPORT adalah seakan sama dengan arahan untuk membuat FROM.

​

Arahan ini bertujuan untuk memudahkan semakan / bacaan maklumat yang akan dipaparkan samada dalam bentuk melintang atau menegak, susunan abjad Ascending iaitu bermula dari huruf A sehingga ke huruf Z. Descending iaitu bermula dengan huruf Z dan berakhir dengan huruf A mengikut keperluan pengguna.

​

Semua arahan yang ditunjukkan mestilah dilalui dengan betul supaya tidak berlaku ERROR atau maklumat tidak dapat dipaparkan. Pengguna hanya perlu memilih MENU yang sesuai dan seterusnya memilih arahan NEXT.

​

Untuk memilih jenis paparan yang akan dipaparkan laporan, pengguna boleh memilih jenis paparan yang disediakan bergantung kepada keperluan pengguna dan kesesuaian jenis pengkalan data yang dibangunkan.

​

Setelah pengguna memilih arahan FINISH, paparan laporan seperti di-bawah akan dipaparkan berdasarkan pilihan-pilihan menu yang dipilih di atas. Untuk pengetahuan pelatih, laporan yang akan dipaparkan mestilah jelas dan keseluruhan maklumat dipaparkan sepenuhnya pada paparan pertama.

​

Di atas adalah contoh laporan yang telah siap dibuat dalam bentuk mendatar landscape. Pengguna boleh memilih bentuk laporan yang akan dipaparkan mengikut keperluan pengkalan data. Sekiranya maklumat yang akan dipaparkan mengunjur ke bawah, paparan yang sesuai ialah menegak portrait kerana ia mudah dilihat dan ruang yang mencukupi.

​

​

​

​

jenis-jenis sistem operasi 1.png
JENIS-JENIS MEDIA STORAN 2.png
JENIS-JENIS VIRUS YANG MENYERANG KOMPUTE
JENIS-JENIS PERISIAN ANTI VIRUS 4.png
MENGENALPASTI PERISIAN MEMBANGUNKAN PENG

KOLEJ KEMAHIRAN YAYASAN TERENGGANU

"Meningkatkan Kemahiran Menjana Kecemerlangan"
bottom of page