top of page

PENCEMARAN MAKLUMAT

​

Diklasifikasikan sebagai aktiviti sama ada sengaja atau tidak yang boleh membawa kepada kebocoran maklumat, mengkriktik atau memberi pandangan secara terbuka terhadap dasar-dasar syarikat, mengapi-apikan isu dan sentiment sentitif yang menimbulkan kebencian individu lain terhadap pilisi atau dasar syaikat serta perkara-perkara lain yang boleh menjejaskan kepada keselamatan maklumat syarikat.

 

​

Kedah Pencemaran Maklumat

​

Diklasifikasikan sebagai perbuatan seperti berikut:

​

  • Memuat naik, memapar, mengemaskini atau memancarkan sebarang bentuk dokumen yang terperingkat atau berklasifikasi.

  • Memuat turun sebarang bentuk aplikasi atau dokumen yang tidak diketahui tahap keselamatanya.

  • Membincangkan dan mengambil bahagian dalam sebarang bentuk forum berkaitan isu-isu yang boleh menjejas keselamatan maklumat syarikat.

  • Menghasut atau menawarkan sebarang bentuk provokasi.

  • Menggunakan email syarikat bagi urusan tidak rasmi.

  • Menggunakan kemudahan syarikat tanpa meminta kebenaran

 

​

Bentuk maklumat

​

Maklumat-maklumat dikategorikan seperti berikut :

​

  • Sebarang dokumen teks pelbagai fomat.

  • Sebarang bentuk gambar/imej dalam pelbagai format

  • Sebarang bentuk audio visual

  • Sebarang bentuk status kesiagaan atau aktiviti pasukan

  • Sebarang lakaran dan symbol goegrafi/imej digital yang disediakan oleh pihak awam

  • Sebarang bentuk ensiklopedia digital yang disediakan oleh pihak awam

  • Maklumat peribadi seperti gambar, perlakuan atau aktiviti tidak bermoral yang boleh memberi imej negative terhadap syarikat.

 

​

PERANAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

​

1.           Tanggungjawab Pengurusan

​

  • Setiap ketua bahagian, seksyen dan unit adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksakan dasar dan memperuntukkan sumber yang mengcukupi bagi mencapai maksud tersebut.

  • Setiap pengurus didalam syarikat adalah bertanggungjawab memastiakn bahawa setiap aktiviti dan lokasi kerja di bawah pengawasannya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

  • Menyedia dan memelihara tahap keselamatan dan kesehatan yang tertingg bagi setiap kemudahan, loji,peralatan dan sistem beserta dengan kebajukan dan kemudahan pertolongan cemas.

  • Mewujudkan komunikasi berkesan supaya pihak pengurusan dan para pekerja dapat bekerjasama dalam membentuk dan mempromosiakn .langkah-langkah bagi memastikan keselamatan di tempat kerja.

  • Memberi latihan dan pengetahuan kepada para pekerja tentang risiko yang dihadapi semasa dan di tempat kerja.

  • Memastikan setiap kontraktor dan pembekal dipilih berdasarkan keperluan keselamatan dan kesihatan syarikat.

  • Mematuhi semua perundangan dan peraturan naegara dan mempromosikan amalan keselamatan yang terbaik.

​

2.           Tanggungjawab Pekerja

 

  • Setiap pekerja bertanggungjawap keatas keselamatan dan kesihatan diri sendiri, rakan sekerja, syarikat dan masyarakat.

  • Pekerja mestilah bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam semua aspek keselamatan dan kesihatan.

  • Pekerja mestilah mematuhi sebarang arahan atau peraturan keselamatan dan kesihatan yang diadakan oleh pihak pengurusan.

  • Pekerja mestilah memakai atau menggunakan peralatan perlindungan diri yang dibekalkan disepanjang waktu bekerja.

 

​

​3.           Pemeriksaan Tempat Kerja / Cadangan Pembaikan Seperti Dibawah :

​

​

 

 

 

 

 

 

 

4.           Menyiasat Setiap Kemalangan & Cadangan

​

 

 

 

 

 

 

 

 

​

5.           KENALPASTI HAZARD

 

  • Tujuan mengenalpasti hazard ialah untuk mengetahui tahap keselamatan dan kesihatan ditempat kerja dan ia satu proses untuk mengawal kemalangan apabila penyebab dapat dicam serta secara tidak langsung mematuhi undang-undang yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan.

  • Berdasarkan takrifan hazard terdapat pelbagai jenis hazard yang boleh ditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Antaranya :

 

  • Hazard fizikal

    • Bunyi bising

    • Haba

    • Getaran

    • Pancaran

    • Perlanggaran

​​

  • Hazard kimia

  • Bahan kimia terdapat dalam pelbagai keadaan fizikal iaitu bentuk:

    • Cecair

    • Gas

    • Debu dan habuk

    • Wap

​

Antara sifat-sifat tertentu bahan kimia contohnya mudah meletup, pengoksidaan, mudah terbakar, toksik, menghakis, merengsa, karsinogen, teratogenik atau mutagen

​

  • Hazard biologi

  • Hazard yang terbit daripada:

    • Jangkitan kuman

    • Kulat

    • Bacteria atau virus seperti HIV

    • Hawar, malaria, taun dan sebagainya.

 

  • Hazard psikologi

  • Hazard perlakuan pekerja diman bahaya terjadi disebabkan perbuatan pekerja itu sendiri.

    • Pekerja yang tidak mengikut peraturan

    • Mengalami gangguan metal

    • Tekanan perasaan

    • Masalah peribadi

    • Pengaruh pergaulan dan cuai.

 

  • Hazard sinaran/pancaran

  • Boleh menyebabkan keroksakkan kepada tisu dalam badan seperti:

    • Pancaran Xray

    • Partikel mengion

    • Radium atau bahan radioaktif lain atau

    • Bentuk-bentuk lain tenega sinaran.

 

  • Hazard ergonomic

  • Berkenaan dengan ketidaksesuaian mansia dengan persekitaran kerja disebabkan kesilapan dan kelemahan dalam rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja bagi memenuhi keperluan psikologi dan fisiolohi manusia. Contohnya:

    • Penggumaam komputer yang terlalu lama dibuktikan memberi kesan kepada keupayaan penglihatan dan boleh menyebabkan sakit tulang belakang

 

  • Hazard mekanikal

  • Hazard yang berkaitan dengan penggunaan mesin atau jentera yang berfungsi untuk:

    • Memotong

    • Menghempap

    • Menyepit

    • Mencanai

    • Melelas

    • Memutar, dan sebagainya.

 

  • Hazard elektrik

    • Mengakibatkan kejutan elektrik, litar pitas sekiranya melebihi beban atau kebakaran.

 

 

6.           KEPERLUAN AKTA

 

  • Akta Kilang dan Jentera 1967 : Peraturan-Peraturan (Keselamatan,Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970 dibawah peraturan 32 mewajibkan penggunaan : pakaian keselamatan, topi keselamatan, sarung tangan, dan perlindungan mata

 

  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 : Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan ) 2000

 

  • Akta Kilang dan Jentera 1967 : Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Pendedahan Bising) 1989

 

 

 

Langkah-Langkah Mengelakkan Kemalangan dan Kecederaan.

​

Jika dilihat kebanyakkan kemalangan atau kecederaan tersebut bolehlah dielakkan dengan perancangan mudah serta “ house keeping ” yang baik. Berikut adalah beberapa contoh amalan yang baik.

 

  • Laluan perjalanan orang ramai seharusnya mempunyai pencahayaan yang mencukupi, bebas dari objek, peralatan, sampah sarap dan dawai elektrik.

 

  • Lantai sebaik-baiknya mempunyai satu paras yang seragam. Alas kaki (floor mats) tidak digalakkan. Cecair yang tertumpah serta apa-apa objek di atas lantai dikutip dan dibersihkan segera.

​

  • Peti fail perlulah diletakkan dengan cara ianya tidak membuka runag laluan perjalanan orang ramai dan tidak dibiarkan terbuaka. Untuk menstabilkan peti fail isikan dari ruang bawah dan tidak membuka lebih dari satu peti dalam satu masa yang sama.

 

  • Peralatan pejabat yang menggunakan kuasa elektrik perlu diperiksa dan diselenggara oleh orang yang kompiten. Sila pastikan kesemua suis peralatan elektrik dimatikan sebelum pulang

 

  • Peralatan pejabat perlulah digunakan mengikut caraa yang telah ditetapkan. Gunakan alat yang betul untuk menjalankan tugas anda. Sekiranya peralatan tersebut tidak ada, sila laporkan kepada penyelia anda untuk tindakan selanjutnya.

 

  • Pekerja-pekerja tidak dibenarkan mengangkat benda-benda yang berat seorang diri. Harus meminta bantuan dari pekerja lain dengan cara yang betul.

 

  • Pekerja-pekerja tidak dibenarkan memakai selipar atau kasut yang tidak bercengkam.

 

  • Sikap berhati-hati dari semua pihak supaya memastikan kemalangan dan kecederaan dapat dielakkan.

​

aaaaa.png
bbbb.png

KOLEJ KEMAHIRAN YAYASAN TERENGGANU

"Meningkatkan Kemahiran Menjana Kecemerlangan"
bottom of page