top of page
Cari

Selamat Datang Ke Blog e-Learning Sistem Maklumat


" When it comes to e-Learning content means everything. If e-Learning content is not masterfully designed all the rest will just go down the drain. "

77 lihatan

Comments


giphy.gif

PENGERTIAN WIX.COM

 

Wix.com adalah salah satu laman pembuatan website yang dikhususkan bagi orang yang belum membuat website sebelumnya. Di wix.com pengguna hanya tinggal men-drag dan men-drop design yang telah disediakan oleh laman wix.com. Pengguna juga tidak perlu membuat hosting terlebih dahulu, hanya dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna wix.com. Maka, pengguna telah mendapatkan hosting sesuai yang diinginkan.

e-LEARNING

 

Umumnya, e-Learning bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi iaitu satu kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik (e-maill) dan Compact Disc Read Only Memory (CD ROM). Banyak istilah yang berlainan digunakan oleh para cendikiawan. Contohnya Abbey (2000) menyatakan bahawa e-learning ialah arahan pembelajaran berdasarkan web. Haughey dan Anderson (1998) pula menyatakan e-pembelajaran ialah pembelajaran secara rangkaian manakala Harasim dan rakan-rakan (1997) pula mendefinisikan e-pembelajaran sebagai pembelajaran secara atas talian.

Melalui kaedah e-pembelajaran ini, proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. Melalui interaktiviti juga seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk memenuhi keperluan ingin tahu dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahaman. Cara pembelajaran kolaboratif, perbincangan dengan rakan dan dengan individu lain melalui Internet seperti e-mel, Internet Relay Chat (IRC) dan sidang video memainkan peranan yang penting. Dengan cara ini pembelajaran akan menjadi lebih aktif dan berkesan (Mohd Zaidil, Azizi dan Fadzilah 2002).

 

e-pembelajaran menerusi teknologi maklumat (IT) serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan tunjang utama dalam perancangan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) negara. K-ekonomi merupakan pengetahuan dan keupayaan untuk mewujudkan satu nilai serta kekayaan yang dapat diukur melalui cara pengetahuan itu diaplikasikan. Kekayaan k-ekonomi tidak diukur melalui produk pertanian atau perindustrian, tetapi ia dapat dikecapi melalui sumber yang bermanfaat iaitu dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada.

 

Era berasaskan ilmu pengetahuan merupakan satu penerokaan baru yang mustahil dilaksanakan dengan cekap sebelum ini. Kini, ciri-ciri tradisional sudah mula digantikan bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan secara terus dengan lebih murah, mudah dan fleksibel (Azwan dan Rozita 2002). Secara umum, pembelajaran masa kini dilihat daripada perspektif yang lebih luas yang mana penggunaan teknologi, terutamanya Internet dalam pembelajaran telah banyak mengubah kaedah pembelajaran. Kaedah e-pembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan, iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadi dominan penting dalam pembelajaran masa kini.

KOLEJ KEMAHIRAN YAYASAN TERENGGANU

"Meningkatkan Kemahiran Menjana Kecemerlangan"
bottom of page